Hari paling bahagia kat UMP ni….hahahaha

Salam 1Malaysia dan selamat sejahtera kepada pembaca diluar sana…Harap sihet sejahtera hendaknya disamping keluarga yang tersayang…Kalau sakit, ingat gi la klinik (kerajaan-murah sikit) dan makan ubat dan banyakkan berehat tau…

Hari bahagia??? Selalunya hari yang macam ini orang yang menjadikan hari tu adalah istimewa dalam diri mereka. Contohnya hari pertunangan/perkahwinan ke atau sebagainya yang istimewa… Tapi aku kat UMP…. apa yang bahagianya??? Saja je…

Sebenarnya, tadi, en. Alliff, classmate aku cakap, selasa adalah hari yang membahagiakan di UMP lebih lebih lagi kelas kitorang m02…. sebab apa, Bazir masa 2jam utk gi kelas 1 jam… hahahamemang penat gila….Tapi terpaksala sebab kita dah jadi mahasiswa….

itu jelah hari ni punya celoteh…

(naik bas sangat seronok… sampai dapat gelaran… naik bas je dapat 2 jam kredit percuma….hahahahah)

Hari Nuzul AlQuran

Salam 1Sahabat kepada semua pembaca di luar sana. Shatkan? kalau ada simpton sakit tu, bersegeralah anda pergi ke klinik kerajaan mahupun klinik swasta untuk mendapatkan ubat. Dan berjumpa nurse2 yang cun cun itu….hehehehehe

Hari ini nak cerita pasal satu hari kebesaran umat Islam yang dipanggil Nuzul Quran atau hari turunnya AlQuran kepada jujungan besar nabi kita, Nabi Muhammad (selawat ke atas baginda). Bila peristiwa ini berlaku akan diceritakan kemudian.

Peristiwa bersejarah ini berlaku ketika Nabi mengasingkan diri ke gua Hira’. Ketika nabi sedang beribadat, lalu datanglah Malaikat Jibrail kepada nabi. Kemudian disampaikan lah 5 ayat yang bermaksud:

‘Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.’ (al-‘alaq:1-5)

Mulai detik itu, maka satu kitab yang agung diturunkan kepada Nabi yang terakhir. Selama 13 tahun AlQuran diturun secara berperingkat peringkat. Jelas di sini AlQuran bukan sahaja menyentuh aspek agama, tetapi pelbagai aspek seperti sains, teknologi, jenayah, pembahagian harta, muammalat dan pelbagai lagi. Dengan kata lain AlQuran memang lengkap mengandungi pelbagai hukum hakam dan penceritaan. Firman Allah yang bermaksud;

‘Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).’ (Al-An’am:38)

Mengapa ayat Al-Alaq mula mula diturunkan?

Dari segi maksud bahasa, iqra bererti baca. Maka, Islam menyeru agar umatnya mengambil budaya membaca agar mendapat segala ilmu pengetahuan. Allah mengajar kita supaya sentiasa membaca dan menulis agar kita dapat melihat pelbagai perkara. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”  Dengan iringan ayat ini, menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”

Sesungguh keruntuhan Umat Islam hari ini adalah kerana kurangnya budaya cintakan ilmu. Kita lihat bagaimana semasa zaman kegemilangan Islam, para cendiakwan Islam bersungguh membaca teks kuno romawi dan greek semata mata ingin mengambil pelbagai maklumat, seterusnya menulis kembali didalam bahasa arab. Disini dapat dilihat menepati lima ayat awal surah Al-Alaq. Baca dan Menulis…

sekian sahaja nukilan saya.  Jadikan budaya membaca itu sebagai amalan. Renung renungkan dan selamat beramal.

Alhamdullillah…. syukur.

salam kepada semua pembaca diluar sana….sihat kan…. tak perlu gi jumpa doktor…. bagus… bagus…(tgh sakit ni… resdung naik balik…)

puasa pon da masuk hari ke 16 belas… cepat betul masa berlalu….

setelah lama menunggu, akhirnya dapat gak beli kamera dslr ni. kos dekat 2K… apa boleh buat, hobby punyer pasal, terpaksa beli la… lagi pun bidang photography ni memang best, kita merakamkan saat gembira, sedih, suka, duka, pengalaman dan pelbagai lagi. ibaratkan suatu lukisan alam, kita sebagai pelukis dan kamera tu la berus kita. bebas melakukan apa sahaja lukisan yang nampak cantik pada kita dan mata orang lain.

kamera menjadi pilihan, nikon d3000. esok gi bank in duit. pastu harapan dapat la hari selasa atau rabu.. jadi khamis bolelah dhoot dikit kat ump tu… memang cantik dan cun la….lepas ni boleh bagi review sikit.

oklah…salam kembali…

Selamat hari kemerdekaan yang ke 52…

Slam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana… Selamat hari kemerdekaan yang ke52 dari saya, jiwamalaya. Nampaknya tahun ini kurang sedikit meriahnya berbanding tahun lepas kerana wabak yang melanda negara kita… Walaupun selalunya bulan 8, kita akan pakai topeng muka kerana jerebu seperti tahun2 yang sudah, kali ni kita bertopeng kerana wabak yang melanda…. Apa apa saya harap anda sihat senantiasa didalam kegelutan wabak penyakit ini…

Happy independant day…Salam 1Malaysia kembali……

1 sem…. perjalanan yang jauh…

Salam 1 Malaysia kepada pembaca diluar sana…. semoga sihat la nampak disamping berpuasa dibulan ramadan yang mulia ini…

Sihat tak? Kalau wujud simptom selesema Babi tu segeralah jumpa doktor ye….

ok lah back to the topic… Perjalanan. Setiap kita manusia diberikan oleh pencipta sepasang kaki untuk digunkan berjalan kemana sahaja yang kita mahu. Orang yang takde kaki pun berjalan juga tapi menggunakan alat/ kerusi roda untuk berjalan. Itu la kita sebagai manusia memang akan berjalan…

setelah masuk ke semester baru, UMP dengan segala rasminya menyatakan UMP pekan boleh digunakan. Dengan pengangkutan bas yang boleh “tahan” dan sebanyak 25 bijik, maka bilangan yang pergi kesana adalah seramai 1500 pelajar(anggaran sahaja). maka berulang aliklah pelajar ini pada seawal pukul 6.45 dan pulang pada selewat lewatnya pukul 5.00 ptg. Itu pun kalau ada bas yang mencukupi disana.

Disini aku nak beri fakta menarik. Menurut kiraan kasar aku,

Jumlah perjalan sehari adalah sejauh 120 km pergi balik. Jadi jika satu sem penuh tahun ini, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5000km. cukup untuk pergi ke australia kalau disambungkan secara linear.

Masa pula terpasa dihabiskan lebih kurang 100jam kerana untuk pergi kebiasaannya memakan masa 1 jam – 1jam 30 minit bergantung kepada bas.

tentang pencemaran, aku tgh nak cari maklumat… nanti aku tambah…ok bye…