Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengguna diluar sana.
Bahang pilihan raya semakin hampir dan kepada yang layak mengundi tu, apa lagi tunaikan kewajipan anda. Kalau di panggung wayang anda sanggup beratur panjang, inikan pula mengundi. Jadi sebagai yang berkelayakan, anda patut tahu mana satu yang lebih utama dan seterusnya.
Dalam diam kita mengharungi liku liku kehidupan masa kini, janganlah kita abaikan tanggung jawab kita sebagai pengundi. Kepada mereka yang sudah layak mengundi tu dan belum mendaftar, pergila daftarkan diri tu.. Takkan nak di biarkan suara anda tanpa di kira…besar maknanya undi anda tu kepada parti yang anda sokong. Cuba bayangkan kalau seri, undi andalah yang akan menentukan samada parti A atau parti B menang…
Nak berkata lebih lanjut tentang dunia politik ni tapi apakan daya sebab ada akta yang menyekat dan risau plak bakal menyusahkan di kemudian hari… So celoteh yang sedikit ni dapat lah di ambil teladan iaitu menjadi insan yang sedar dengan tanggung jawab.
sekian terima kasih…
p/s:nantikan sambungannya di kemudian hari…
Difailkan dalam: Berita dalam negara


