•  

    Mac 2008
    I S R K J S A
    « Feb   Apr »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Blog Stats

    • 616 kemasukan
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Al-Quran.

    "Bacalah dengan nama tuhanmu(Allah)"

Bulan Safar.

Bulan safar merupakan bulan yang kedua dalam kalendar Islam yang dikira bedasarkan pergerakan bulan atau dipanggil takwim qamariah. Safar itu bermaksud kosong dan dinamakan begini kerana kebiasaan orang arab meninggalkan rumah mereka kosong kerana pergi berperang dan menuntut balas ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Safar dalam sejarah Islam ialah peperanganAl-Abwa pada tahun kedua hijrah, peperangan Zi-Amin,tahun ketiga hijrahdan peperangan Ar-Raji pada tahun keempat hijrah.

Di dalam bulan ini, ada dikalangan umat Islam mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Hal ini kerana menurut kepercayaan turun temurun sesetengah orang Islam yang jahil, mereka menganggap bahawa pada bulan Safar turun bala bencana dan mala petaka terutama pada rabu yang terakhir. Oleh itu, saban tahun mereka akan melakukan amalan karut sebagai cara menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam melayu ialah upacara Pesta Mandi safar. Amalan amat popular satu masa dulu. Apabila tiba sahaja bulan safar, umat Isalam terutama yang tinggal berdekatan dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada umumnya amalan ini dilakukan pada hari rabu terakhir dalam bulan Safar.

Selain itu, ada juga orang -orang tua di negara ini tidak mah melakukan upacara perkahwinan pada bulan Safar kerana percaya bahawa kedua dua pengantin tidak akan mendapat zuriat. Amalan amalan amat bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh merosakkan akidah seseorang.

Sebenarnya bala bencana tidaklah berlaku kerana bulan atau hari tertentu. Kepercayaan karut mengenai bala bencana ditolak sekeras kerasnya dalam kitab AlQuran ayat At-Taubah ayat 51 yang bermaksud:

“katakanlah wahai Muhammad, tidak sesekali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka aAllah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakkal.”

Mengamalkan perkara perkara khurafat jelas boleh merosakkan akidah dan syirik hukumnya. Oleh yang demikian sebagai umat Islam, kita hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik…

Sekian,Wassalam..

Tinggalkan jawapan