Pilihan raya umum ke 12….

Selepas lebih kurang 9 jam pilihan raya berjalan semalam, akhirnya dalam pukul 12 tgh malam hari ahad, dua negeri telah pun membentuk kerajaan negeri iaitu Melaka dan Sabah. Pilihan raya kali ini begitu sengit antara parti pembangkang bersama kerajaan. Masing masing memberikan manifesto yang boleh di anggap terbaik dan kadang nampak tidak masuk akal tapi sebagai pemilih, kita sahaja yang tahu rahsia undi kita itu.

Pada kali ini BN telah pun kehilangan 4 negeri dan tidak dapat menawan Kelantan seperti yang diwar warkan sebelum ini. Kekalahan yang boleh dikatakan teruk berlaku di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Sekarang kita hanya dapat menunggu apa kata ahli tertinggi BN berhubung masalah ini.

Di Selangor sahaja BN sahaja mendapat 5 kerusi parlimendan 20 DUN. Hal ini bermakna satu kerajaan bercampur telah berlaku di Selangor. Sebagai penduduk di kawasan P111, kemenangan pihak pembangkang di kawasan ini menyebabkan  penduduk kampung lebih lebih lagi keluarga aku berbicara apakah pembangkang dapat memajukan kawasan kelahiran kilang pembuat kereta nasional ini.

Berita selanjutnya akan ditambah dari semasa ke semasa…

P/S:- harapan aku agar pihak yang menang menunaikan janji iaitu pendidikan percuma, air percuma 20 meter padu, kelahiran anak baru di Selangor mendapat 100 dan sebagainya…  

Tinggalkan jawapan