salam perkenalan…
Akhirnya Ubuntu 8.04 dikeluarkan jua sejak lebih kurang seminggu yang lalu. Sebagai pengguna ubuntu yang agak amatur, aku pun pakailah sebab malas nak guna yang 7.10 tuh… takpe la yang penting dapat pakai yang baru….
BURN CD
Setelah didownload di laman web ubuntu dan membazir masa selama sehari jugaklah nak mendownload, akhirnya dengan sebuah cd, fail ubuntu.iso selamat di’image’ kan dengan menggunakan perisian nero… Jadilah ia seperti baru keluar dari oven(Yakitate-fresh baked).
Proses pemasangan
Setelah selamat di’burn’, cd ubuntu 8.04 atau HH dimasukkan kedalam slot drive dvd. Selepas menukar pilihan ‘boot’ akhirnya dapat boot menggunakan LiveCD ubuntu HH. Menu pertama yang keluar ialah dia menanya pilihan bahasa. Setelah memilih bahasa yang dikehendaki, dengan menekan enter, beberapa pilihan keluar seperti first try dan sebagainya.
apabila memilih first try, ubuntu akan di boot dan kena menunggu dia mengenal pasti hardware komputer sebelum dapat masuk kedalam ubuntu… Kelajuan mengenal pasti bergantung keatas kelajuan dan kemajuan hardware anda…
ok la sampai disini sahaja info pasal ubuntu…lain kali saya masukkan lagi…



Klau nk try yg versi 9.0 original cd ak ad
aku da ada…. siap mintak original lagi…. heheheh
yg 9.10 da release.. da oreder blom