Sufiah…edisi Malaysia.

Harian Metro 2 Mei 2008: Kembara jual tubuh
Oleh Hamid Salleh

KUALA TERENGGANU: Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Namun, jumlah wang dalam akaun banknya kini sudah melebihi RM80,000 walaupun dia bukan daripada keluarga kaya.

Rahsia kemewahannya hanya terbongkar selepas pelajar perempuan itu terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara kerana kemaluannya cedera, Mac lalu.

Sumber sekolahnya di sini memberitahu Harian Metro, kecederaan itu sekali gus menjawab persoalan kenapa pelajar itu sering berulang-alik ke ibu negara hampir setiap minggu sejak tiga tahun lalu.

Ini berikutan dia dikatakan menawarkan khidmat seks dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM4,000 sekali perkhidmatan tanpa disedari anggota keluarganya.

Kegiatan sumbangnya mula dihidu pengurusan sekolah selepas pelajar itu ponteng selama beberapa hari.

Sumber itu berkata, apabila pelajar terbabit tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari, seorang guru diarahkan ke rumahnya untuk bertanyakan keluarganya yang ternyata terkejut besar dengan tindakannya.

Tambah mengejutkan, hasil siasatan dilakukan, pelajar terbabit didapati mempunyai simpanan lebih RM80,000 dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral itu.

Difahamkan, pelajar terbabit dikatakan mampu memperolehi bayaran antara RM8,000 hingga RM12,000 semalam dengan melayan pelanggan kaya yang diuruskan orang tengah termasuk ahli perniagaan dari luar negara.

Pelajar yang mempunyai perwatakan menarik dan dikatakan turut cemerlang dalam pelajaran itu didakwa sudah melakukan kegiatan itu sejak 2006 sehinggalah tembelangnya terbongkar dua bulan lalu.

Dia dikatakan sering berulang-alik ke ibu negara pada setiap malam Jumaat dan hanya berada di sana selama semalam bagi mengelak kegiatannya dihidu ahli keluarga dan pihak sekolah.

Difahamkan, kegiatan pelajar itu terbongkar selepas dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara untuk menerima rawatan lanjut berikutan kemaluannya cedera selepas melakukan hubungan seks dengan pelanggan dari Timur Tengah.

Pelajar itu dikatakan menerima bayaran RM4,000 untuk melayan pelanggan berkenaan, namun kecederaan dialami itu menyebabkan dia terpaksa ponteng sekolah selama beberapa hari untuk menerima rawatan, sekali gus membongkar kegiatan sumbangnya.

Sumber memberitahu Harian Metro, hanya segelintir guru mengetahui perkara itu dan ia sengaja dirahsiakan bagi mengelak masa depan pelajar berkenaan terjejas.

Hasil siasatan mendapati pelajar terbabit biasanya akan menaiki kapal terbang pada setiap malam Jumaat sebelum dijemput sebuah kereta mewah untuk dibawa ke hotel mewah di ibu negara bagi melayan pelanggan yang sedia menunggu.

Harian Metro difahamkan, kegiatan pelacuran membabitkan pelajar perempuan di negeri ini mula dikesan sejak lima tahun lalu tetapi sukar dikesan pihak berkuasa kerana pelajar terbabit dikatakan menjalankan kegiatan mereka di ibu negara.

__________________________________________________________________________________________________

Ha…inilah yang aku cakapkan pasal sufiah tu….Jangan ingat nak selamat yang diluar negara. Yang didalam ni pun sepatutnya diselamatkan juagak…

Pelik sungguh cikgu(seperti yang dilaporkan lah…) tidak mengambil tindakan keatas pelajar tersebut… Kalau bimbangkan masa depan pelajar tersebut patutnya diambil tindakan bukannya diam… Nanti jadi lebih teruk siapa yang susah???

So, kepada sesiapa yang berada diluar sana tak kira NGO ke, badan berkerajaan ke amik tindakan segera keatas tragedi ini….

sekian….. “Ya Allah ko jauhkan fitnah dan tipu daya syaitan keatas diri kami dan anak2 kami serta rakyat malaysia ini… Jadikanlah negara bersih, aman, makmur dan tempat mencari rezeki yang halal agar kami sentiasa mengucapkan syukur kepadaMu tanpa putus2….Amin….”

Satu Respons


  1. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
    (Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tinggalkan jawapan