Salam dan selamat sejahtera pembaca diluar sana. Apa khabar, moga sihat hendaknya dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Hari ni nak cakap pula pasal pcku yang telah aku naik taraf bulan lepas. Banyak betul duit PTPTN aku habis untuk membeli peralatan yang telah aku jual kepada orang lain. Tapi orang kata kepuasan tu memang tidak ternilai…hehhehehe.
Spesifikasi:
Sebelum menaik taraf(upgrade) spek komputer aku seperti berikut:
- Dikuasai processor AMD Athlon x2 5600+.
- Dipacu oleh papan induk keluaran ASUS iaitu model M2N-E SLI
- Ingatan capaian rawak(RAM) yang diguna dari model Kingston DDR2 sepantas 667MHz sebanyak 2GB (masih guna sampai sekarang)
- Samsung menjadi pilihan untuk cakera keras sebanyak 250 GB
- LG dan Samsung juga menjadi pilihan untuk memain semua media optik dan LG mempunyaio teknologi lightscribe.
- CPU disejukkan dengan menggunakan Cooler Master Eclipse(hari tu baru berlaku gerhana….)
- Sistem grafik dijana oleh nVidia 8600GT secara SLI keluaran dari Colorful, dan Asus sendiri
- Casing dan unit bekalan kuasa hanya jenama biasa sahaja…hahahah(xde duit da nak beli yang power)
- Paparan skrin dijana oleh LG 19 inci standard (5:4)
- Sistem bunyi bunyian dijana oleh Altec Lansing model VS 2321(dapat free…hehehehe)
- Papan kekunci dan Tetikus adalah dari logitech sebelum bertukar kepada A4tech untuk kedua duanya. Tetikus dari model X-710FS dan papan kekunci model G800
Itulah komputer aku yang lama. Selepas setahun 2 bulan guna, niat dihati nak upgrade pulak….hahahaha. Jadi nilah dia spek yang terbaru. Punah harapan nak buat pc kedua….hihihihih
- Processor kali ini dikuasai oleh Intel Core 2 Duo E7300.(xde duit nak beli yang lebih power)
- Papan induk keluaran Gigabyte menjadi pilihan hati model agak terbaru EP45-UD3P
- Sistem paparan grafik dijana oleh GTX 260 (216 Stream Processor) keluaran Palit
- Unit bekalan kuasa keluaran Silverstone model ST50F untuk membekalkan kuasa yang utuh kepada pc ini.
- Manakala paparan skrin Dell menjadi pilihan daripada model S2409W(full HD tu)
jadi barang yang lain aku guna kembali untuk mengurangkan kos pembelian. So inilah dia pc aku. Aku sayang kamu….hahahahaha
Nanti aku upload gambarnya….


