Salam 1 Malaysia kepada pembaca diluar sana…. semoga sihat la nampak disamping berpuasa dibulan ramadan yang mulia ini…
Sihat tak? Kalau wujud simptom selesema Babi tu segeralah jumpa doktor ye….
ok lah back to the topic… Perjalanan. Setiap kita manusia diberikan oleh pencipta sepasang kaki untuk digunkan berjalan kemana sahaja yang kita mahu. Orang yang takde kaki pun berjalan juga tapi menggunakan alat/ kerusi roda untuk berjalan. Itu la kita sebagai manusia memang akan berjalan…
setelah masuk ke semester baru, UMP dengan segala rasminya menyatakan UMP pekan boleh digunakan. Dengan pengangkutan bas yang boleh “tahan” dan sebanyak 25 bijik, maka bilangan yang pergi kesana adalah seramai 1500 pelajar(anggaran sahaja). maka berulang aliklah pelajar ini pada seawal pukul 6.45 dan pulang pada selewat lewatnya pukul 5.00 ptg. Itu pun kalau ada bas yang mencukupi disana.
Disini aku nak beri fakta menarik. Menurut kiraan kasar aku,
Jumlah perjalan sehari adalah sejauh 120 km pergi balik. Jadi jika satu sem penuh tahun ini, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5000km. cukup untuk pergi ke australia kalau disambungkan secara linear.
Masa pula terpasa dihabiskan lebih kurang 100jam kerana untuk pergi kebiasaannya memakan masa 1 jam – 1jam 30 minit bergantung kepada bas.
tentang pencemaran, aku tgh nak cari maklumat… nanti aku tambah…ok bye…
Difailkan dalam: Universiti...... | Tagged: FKEE, FKM, Gambang, kampus pekan, Pekan, UMP


