Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana… Moga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.
20 Jun 2010, hari ahad minggu ketiga merupakan hari bapa untuk negara kita ini, Malaysia. Jadi kepada sesiapa yang mempunyai bapa atau ayah atau abi atau daddy atau papa dan sebagainya gelaran kepada sisuami, maka kita sebagai anak haruslah mengucapkan selamat kepada mereka. Tapi janganlah hanya hari tu je tunjuk kasih sayang. Dalam Islam sendiri menggalakkan kita mengasihani orang tua kita setiap hari. Mungkin pada hari ini kita boleh melebihkan kasih sayang kita dengan bawa mereka berjalan jalan ke, bagi hadiah ke dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Bagi yang sudah kehilangan permata hati mereka, mungkin apa yang boleh kita lakukan dengan memberikan mereka Al-Fatihah dan doa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah sehingga kiamat kelak.
Penulis juga sudah kehilangan ayah 3 tahun lalu. Bulan lapan ni genap 3 tahun. Penulis sangat sedih sebenarnya semasa beliau pergi kerana tak dapat menunaikan apa yang dia minta. Tapi penulis berasa hatinya gembira melihat seorang anaknya berjaya ke universiti, dan ini menyebabkan penulis terasa terkilan sebab beliau tidak sempat melihat penulis bergraduat. Apa boleh buat, ketentuan Ilahi, kita hamba hanya mampu merancang, tetapi perancang yang sempurna hanyalah Allah azza wa jalla.
Dikesempatan ini, penulis akan menukilkan satu puisi untuk bapa penulis yang penulis rindui…
Tajuk: Kau permata hatiku.
Abah,
3 tahun sudah kau pergi,
menyambut seruan Ilahi,
ketika aku berada lebih kurang sebulan setengah
di alam universiti.
Abah,
semasa abah pergi,
adik menangis tiga hari,
masa tu, adik hanya tahu menangis,
lepas menangis adik tidur,
bangun tidur adik menangis lagi,
emak sahaja yang menguatkan hati adik,
dengan anak abah yang lain.
Abah,
adik rindu dengan abah,
kadang kadang, bila adik pandang printer,
adik teringat surat-surat yang abah suruh adik taip,
masa tu kadang kadang adik rasa bosan,
tapi adik buat sebab itu tanggungjawab adik,
berbakti kepada orang tua.
Abah,
adik tak banyak belajar dari abah,
abang dan kakak juga yang banyak belajar,
ilmu pendawaian, bina rumah,
semua tu abah turunkan kat abang dan kakak,
kat adik rasa sikit sangat,
tapi adik ingat abah kata,
adik boleh belajar benda tu lain kali,
adik kena ikut apa cita cita adik.
Abah,
adik rindu abah,
abah permata hati adik,
emak pun juga permata hati adik,
adik harap abah maafkan adik
kalau adik ada buat salah,
sebab tahun tu,
raya bukan lagi dengan abah,
abah… Adik sayang abah…
(dicipta 4.00 pagi, 21/6/2010)
sekian sahaja coretan saya dipagi ini… sekian terima kasih…


