Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Harap semua sihatlah hendaknya….
Huh, setelah 6 minggu, semester pendek sudah sampai ke penghujungnya. Minggu ni adalah minggu ke 7 dari 8 minggu semester pendek. Minggu depan dah nak final dah. Buat pertama kali dan terakhinya, penulis mengambil 2 subjek yang bukan failpun, cuma dapat C- untuk dibaiki gred kepada yang lebih baik. Inilah kesenangan dan kesusahan mengambil semester pendek, yang senang, subjek tu da belajar. Yang susahnya, masa tu pendek sangat.
Oklah takde apa pon nak dibicarakan pada entry kali ini, cuma penulis nak bagi tahu beberapa perkara yang mungkin akan dibuat dalam beberapa hari ini.
Antara perkara perkara tersebut ialah:
1. penulis nak beli webhosting baru, nak buat laman web baru.
2.di laman web baru tu, penulis nak letak info yang pelbagai dari rebiu(reviews) produk yang penulis pakai dan akan pakai.
3.kat sana juga, penulis akan buat cerpen/novel(penulis da lama buat novel… cuma ceritanya tak siap2 pon…)
4. wordpress ni penulis akan update maybe 2-3 kali seminggu. kat web baru tu kalau boleh hari2 penulis update.
5. dan lagi satu, pasal revies tu mungkin penulis akan ambil reviews english dan penulis terjemahkan menurut kefahaman penulis. penulis nak jadi penterjemahlah lebih kurang…
ok itu jelah celoteh penulis hari ini. sekian… Assalamualaikum…
p/s: penulis tak tahu letak nama apa… ingat nak letak nama mesintaipelektrik, macam panjang plak… kalau mesintaip jer ok tak???…
Filed under: Universiti...... Tagged: | semester pendek


