Ramadhan…. bulan yang suci….

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca di luar sana…. Moga sihat la la gamaknye di samping berada dalam ujian Allah masa ni…

Tanggal 1 ramadhan akan tiba, so apa persediaan kita kali ini untuk menghadapi ramadhan kali ini??? Harapnye ramadhan kali ini lebih baik berbanding ramadhan sebelum ini…. Banyakkanlah amalan semasa di bulan ramadhan ini nanti…. Dan berdoalah agar kita di jauhkan bala yang sedang menimpa kita sekarang ni….

some info for ramadhan:

Dalil Al-quran;

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (2: 183)

Niat puasa:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

perkara membatalkan puasa:

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

itu je lah….sumber: wikipedia….

Haih… lama x memblog….

salam sejahtera pembaca diluar sana…. moga sihat la nampaknya semasa wabak selesema babi (H1N1) yang sedang menular ni…..

haih(mengelu nampak), sudah lama tak update blog…. ntah kemana hilangnya azam azam yang dibuat dulu??? terbang di tiup angin monsun timur laut agaknya….hehehe… ntah, semanjak dua menjak internet di Malaysia jadi slow…. lepas tu internet U ni plak, sipot pon lagi laju, tu yang malas nak tulis tu….

Tambah lagi pc aku rosak, lagi la masalah….(Tuhan tu suka menguji mahkluk ciptaanNya…) naseb baek waranty dia 5 tahun…. so hantar je la barang rosak tu ke kedai dia…. tapi kos penghantaran dia…. boleh buat makan seminggu wa cakap lu…(30 ringgit terbang dibawa angin sumatera)…

apa apa tunggu jelah feedback dari kedai…. esok lusa mungkin sampailah aku nyer PSU tu….

apa apa salam sekali lagi buat anda….

p/s:”kalau demam jumpa doktor…. lagi masa kini….ingat, jangan biarkan diri anda diselubungi…. selesema BABI…huahuahuahua…hehehe

Selamat Hari Lahir….

Salam sejahtera kepada pembaca diluar sana… Harap semua sihat senantiasa disampaing keluarga tercinta….hehehehe

 

Happy birthday??? Siapa…. dah tentu la hari lahir saya…. sebenarnya da lewat da pon…hahaha takpe la yang penting ada gak pengisian untuk blog ni….hehehehe

 

21 tahun dah aku… 21 ni orang kata dah boleh buat keputusan dah. Umur dewasa di Malaysia ini ditetapkan 21 tahun, baru anda boleh memilih kerajaan melalui sistem pilihan raya… 21 tu jugak tarikh lahir aku pada bulan 3 ni… lebih kurang juga dengan equinoks musim bunga… yeah kalau belajar geografikan, 21/3 adalah musim bunga bagi seluruh dunia….

 

harapan pada umur yang dah tua setahun ni, moga dapat pelbagai lagi pengalaman hidup dan pembelajaran yang tak henti-henti… semoga murah rezeki, diberikan kehidupan yang aman dan segala apa yang aku rancang menjadi tahun ni, hadapan dan seterusnya…. oklah… wasalam…

 

p/s: 21 tahun???? umur aku sebenarnya da 122 tahun…hahahahah gurau je….

Dah setahun ye….

Salam dan selamat sejahtera pembaca diluar sana. Apa khabar, moga sihat hendaknya dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Kali nak bagitahu je…hehehehe

 

sedar tak sedar rupanya blogku ini da menjangkau usia setahun, waktu mendaftar pada 26/02/2008 lima hari lewat ni….hehehehe…

 

Sebab terlalu malas, jadi entrynya amatla sikit dan tak banyak. Tapi Insya Allah, kali ini aku nak berusaha membuat entry banyak2 kali ini… tak kisah la tentang apa apa pun… Janji ada entry yang masuk. Seterusnya harapan kali ini dapat memblog dengan lagi aktif yeah….

 

ok la bye….