• April 2024
    I S R K J S A
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Blog Stats

    • 1,618 kemasukan
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Al-Quran.

    "Bacalah dengan nama tuhanmu(Allah)"
  • Kiriman Terbaru

Minyak negara… Murah ke???

Salam…

Ni adalah gambar yang aku daripada blog orang lain(terima kasih la ye) dan cuba tengok dan komen sendiri minyak negara kita dan MINYAK DI NEGARA PENGELUAR…
list minyak

bandingkan… Negara kita suka sangat dok banding dengan negara jiran. Awat tak banding gaji sekali. Barulah kita tahu yang harga minyak kat tempat dorang tu “affordable” dengan gaji dorang…

Sampai bila lah kita nak dapat harga minyak macam venezuela tu ye????

78 sen!!! terkedu ketika membacanya…

Sumber:Berita Harian Online

Harga baru petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini: PM

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

“Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

“Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya, bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan terakhir kerajaan ialah pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol kepada RM1.92 seliter. – Bernama

 

Dengan ini secara rasminya(lebih kurang satu jam dari artikel ini ditulis) minyak diseluruh negara akan meningkat kepada RM 2.70/liter dan diesel RM 2.58/liter. Dengan kenaikan itu maka barangan keperluan rumah seperti produk makanan dan sebagainya akan menerima kesan dan akhirnya akan dinaikkan juga.

Kenaikan kalai ini agak tinggi kalau nak dibandingkan dengan yang lepas. Kalau dulu RM 10, kita dapat lebih kurang 5 liter lebih, tetapi kali ini dengan nilai itu kita hanya dapat 3.7 liter sahaja. Krisis besar ni. Kenaikan mendadak harga minyak juga akan menyebabkanharga barangan lain akan naik sekali. Sayur, ikan, telur, tepu dan sebagainya akan menyebabkan suri rumah pening kepala esok. Sektor perkhidmatan awam juga pasti akan menaikkan harga tiket mereka.

Kerajaan nampak baik dengan memberi subsidi tetapi cukupkah RM625 setahun itu. Bagi saya ianya kurang memadai. Kerana nilai itu kalau dibahagi kepada 12 bulan hanya RM 52 sahaja. Kalau penggunaan petrol sebanyak RM200-RM300 sebulan, maka kini akan bertambah 40% kepada RM360-RM520 sebulan. Dengan rebat tunai sebanyak tidak mampu mengurangkan beban rakyat pada pandangan kasar.

Sepatutnya kerajaan mencari jalan lain untuk menangani isu ini seperti mempergiatkan penyelidikan keatas sumber2 alternatif yang lain. Dengan itu barulah berkurangnya kebergantungan terhadap petrol.

Akhir kata… Kenapa perbandingan harga minyak dibandingkan dengan negara sekitar sini?? Cuba bandingkan dengan negara yang setaraf dengan kita contoh negara membangun, punyai petrolium dan sebagainya… bandingkan dengan singapura(negara maju)… memang la nampak murah…

 

P/s:rebet tunai dapat tak kepada pembeli kereta baru????

Sufiah…edisi Malaysia.

Harian Metro 2 Mei 2008: Kembara jual tubuh
Oleh Hamid Salleh

KUALA TERENGGANU: Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Namun, jumlah wang dalam akaun banknya kini sudah melebihi RM80,000 walaupun dia bukan daripada keluarga kaya. Teruskan membaca

Pilihan raya umum ke 12….

Selepas lebih kurang 9 jam pilihan raya berjalan semalam, akhirnya dalam pukul 12 tgh malam hari ahad, dua negeri telah pun membentuk kerajaan negeri iaitu Melaka dan Sabah. Pilihan raya kali ini begitu sengit antara parti pembangkang bersama kerajaan. Masing masing memberikan manifesto yang boleh di anggap terbaik Teruskan membaca

Pilihan raya umum…

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengguna diluar sana.

Bahang pilihan raya semakin hampir dan kepada yang layak mengundi tu, apa lagi tunaikan kewajipan anda. Kalau di panggung wayang anda sanggup beratur panjang, inikan pula mengundi. Jadi sebagai yang berkelayakan, anda patut tahu mana satu yang lebih utama dan seterusnya. Teruskan membaca