• April 2024
    I S R K J S A
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Blog Stats

    • 1,618 kemasukan
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Al-Quran.

    "Bacalah dengan nama tuhanmu(Allah)"
  • Kiriman Terbaru

Seminggu di UMP…

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Harap sihatlah hendaknya disamping keluarga tercinta dan pada ketika gelombang kedua H1N1 ni. Kalau ada tanda2 atau simpton H1N1 tu, cepat2 lah jumpa doktor…

Setelah bercuti panjang, akhirnya kembali juga ke UMP. Takde apa yang menyeronokkan pun. Pembelanjaran masih sama dan terpaksa pergi ke Pekan juga dengan menaiki bas. Walaupun UMP membenarkan pelajarnya duduk diluar kali ini, tetapi pembelanjaran terpaksa berada di Pekan dan Gambang. Menyusahkan kan??? Tapi apakan daya, ini adalah dugaan semasa kita menuntut ilmu.

Dalam kita menuntut ilmu ini, semakin banyak dugaan adalah sebenarnya amat bagus. Kali ini, aku nak kaitkan dengan pokok karas. Tahu tak pokok ni? Kalau tanya budak kimia UMP mesti diorang tahu. Pokok nilah digunakan untuk mengestrak getahnya yang dipanggil geharu. Pokok karas dikenali juga sebagai geharu. Menurut orang2 tua, untuk menghasilkan minyak geharu terbaik, pokok haruslah dicederakan dan dibiarkan. Proses ini akan berlanjutan sehingga pokok matang dan kemudiannya minyak geharu akan diambil dari kayu pokok tersebut.

Kalau pokok terpaksa menempuhi kesukaran demi menghasilkan minyak geharu yang terbaik, sepatutnya kita pun begitu… Apalah sangat menaiki bas selama 1 jam untuk ke Pekan. Takde apa pon kalau nak dibandingkan dengan kesusahan orang zaman dahulu untuk menuntut ilmu sebagaimana Presiden Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincon, beliau terpaksa berjalan kaki untuk meminjam buku dan perpustakaan itu terletak 60km dari rumah beliau… Lebih kurang gambang ke Pekan jugalah…heheheheh

Selain itu, kesukaran ini sepatutnya memberikan hasil terbaik. Anda kenal dengan Madu lebah??? Madu lebah yang dikatakan antar terbaik di Malaysia adalah Madu lebah Tualang dan betapa payahnya pengutip madu untuk mendapatkan madu ini…

Jadi fikir fikirkanlah apa yang aku katakan ini. Walaupun penat, ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mendapat 4- Flat pada awal sem depan…[semasa korang semak keputusan la…]

Banyak betul dugaan…

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Harap sihatlah hendaknya yer bersama keluarga yang tersayang tu…

Huhuhuh… bulan ni banyak betul perkara kurang baik berlaku. Macam benda rosak. Sana rosak sini rosak… Haish pening pale pikior pasal soal ni….heheheh

antara benda yang rosak:
1. HP
2. Motherboard komputer
3. Kereta.

Namapaknya banyak la dugaan yang Allah nak berikan untuk melihat hambanya bersabar. Oleh itu saya turutkan hati kecil saya supaya bersabar sahaja dan mengucapkan kesyukuran dalam banyak2 hamba, Allah masih ingat akan diriku untuk diuji…Alhamdulillah, maknanya aku perlu banyak berbuat pahala agar kesenangan pula yang datang….

Dah nak habis dah cuti…

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Harap sihatlah hendaknya disamping keluarga tercinta dan pada ketika gelombang kedua H1N1 ni. Kalau ada tanda2 atau simpton H1N1 tu, cepat2 lah jumpa doktor…

Hah~~ nampaknya cuti semester pon dah nak habis. Tinggal lagi satu minggu jer. Kalau dihitung cuti kali ni memang pendek sebab perkiraan UMP nak buat 3 minggu exam tapi takleh jugak. Selalunya UMP bagi cuti 2 bulan atau 8 minggu, tapi kali ni dipendekkan kepada 6 minggu sahaja antara sem 1 ke sem 2 untuk setiap tahun. manakala cuti semester antara tahun tetap 8 minggu kerana pada masa tu akan di adakan short sem pada mereka yang ingin mengulang kembali subjek2 yang mereka dapat grednya pada tahap yang kurang memuaskan.

Harap sem depan akan bertambah senanglah pembelajaran sehari hari. Oleh kerana telah berpindah ke pekan, rasanya keputusan kali agak teruk. Nasib baik jam kredit agak sikit iaitu 13 jam sahaja dan subjek yang jama sikit semua dapat A….huhuhuhu nasib drop sikit…

Sebelum terlambat, saya nak ucapkan selamat tahun baru islam yang ke 1431H, selamat hari krismas dan selamat masuk ke semester baru serta selamat tahun baru masihi yang ke 2010. Harap tak terlambat mahupun terawal dalam mengucapkan selamat ni yer….hahahaha

p/s: Apa azam tahun baru anda???

Hari kedua KAKS…

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Harap sihatlah hendaknya disamping ahli keluarga yang tersayang. Kalau sakit, ape lagi sediakan duit dan pergi ke hospital… Kesihatan bukan boleh diabaikan…

Hari ini masuk hari ke-2 kursus saya. Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai slot slot yang dihadiri. slot pertama hari semalam, ialah ciri ciri dan motivasi keusahawanan. Slot ini disampaikan oleh Puan Paridah. Di dalam ceramah ini, beliau menekankan bahawa betapa pentingnya untuk para usahawan mempunyai sikap sikap yang terbaik bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. Sikap seperti kecekalan, ketabahan, berani mengambil risiko dan sebagainya diperlukan setiap oleh orang usahawan.

setrusnya pada pukul 11.30 pagi, perasmian KAKS dilaksanakan. Kursus ini dirasmikan oleh dekan JHEPA UMP iaitu Prof Dr Ridzuan bin Nordin. Banyak yang diperkatakan oleh beliau untuk menaikkan semangat peserta dalam program ini.

Seterusnya, pada petang tadi, kami telah dibawa keluar berjalan untuk melakukan lawatan luar. Tempat yang ditujui ialah Bandar Melaka bagi kumpulan 1 dan , Pekan Masjid Tanah Bagi kumpulan 5 dan 6 dan bagi kumpulan kami dan kumpulan 3 adalah di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Tujuan diadakan program ini dibuat adalah untuk peserta mencari segal macam maklumat tentang syarikat tersebut dari sejarah penubuhan sehingga perkembangan terkini syarikat tersebut.

Seterusnya pada slot malamnya pula, ceramah bertajuk Kreativiti dan Inovasi didalam Perniagaan. Slot ini disampaikan oleh En Saharudin. Didalam slot ini en Saharudin menekan bahawa pelajar agar sentiasa mencari peluang perniagaan. Hal ini penting untuk seorang usahawan untuk berjaya.

Oklah, sampai disini saja. Sedikit gambar…

semasa perasmian
a 012
\a 017

program di luar…
a 074
a 062
a 024

tak tau kete apa ntah ni… banyak benor tampal ngan gambar perang dan sebagainya….
a 068

Ceramah pertama kaks

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca diluar sana… Harap sihatlah hendaknya yer..

Selesai la sudah ceramah permulaan pada hari pertama. Ceramah yang disampaikan oleh Puan Paridah iaitu kaunselor UMP bertajuk analisis diri.

Sebelum menjadi usahawan atau apa sahaja didunia ini, penting bagi kita untuk mengenal pasti perihal diri kita ini. Disini muculnya perkataan SWOT iaitu kekuatan(strength), kelemahan(weakness), peluang(opportunity), dan ancaman(threat). Dari analisis nini kita dapat rumuskan segala kekuatan kita, kelemahan kita , peluang dan ancaman kepada kita. Barulah kita akan dapat tahu semangat kita berdasarkan kekuatan dan mencari cara untuk mengatasi kelemahan kita. Kemudian merebut segala peluang yang ada dan cuba untuk menyelesaikan segala ancaman yang mendatang.

Baiklah, kita sambung esok dengan kemas kini ceramah selanjutnya…

sekian terima kasih…

p/s: hari tasyriq da habis… maknanya raya haji dah habis….huhuhuh tunggu tahun baru la….