• April 2024
    I S R K J S A
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Blog Stats

    • 1,618 kemasukan
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Al-Quran.

    "Bacalah dengan nama tuhanmu(Allah)"
  • Kiriman Terbaru

Seminggu di UMP…

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Harap sihatlah hendaknya disamping keluarga tercinta dan pada ketika gelombang kedua H1N1 ni. Kalau ada tanda2 atau simpton H1N1 tu, cepat2 lah jumpa doktor…

Setelah bercuti panjang, akhirnya kembali juga ke UMP. Takde apa yang menyeronokkan pun. Pembelanjaran masih sama dan terpaksa pergi ke Pekan juga dengan menaiki bas. Walaupun UMP membenarkan pelajarnya duduk diluar kali ini, tetapi pembelanjaran terpaksa berada di Pekan dan Gambang. Menyusahkan kan??? Tapi apakan daya, ini adalah dugaan semasa kita menuntut ilmu.

Dalam kita menuntut ilmu ini, semakin banyak dugaan adalah sebenarnya amat bagus. Kali ini, aku nak kaitkan dengan pokok karas. Tahu tak pokok ni? Kalau tanya budak kimia UMP mesti diorang tahu. Pokok nilah digunakan untuk mengestrak getahnya yang dipanggil geharu. Pokok karas dikenali juga sebagai geharu. Menurut orang2 tua, untuk menghasilkan minyak geharu terbaik, pokok haruslah dicederakan dan dibiarkan. Proses ini akan berlanjutan sehingga pokok matang dan kemudiannya minyak geharu akan diambil dari kayu pokok tersebut.

Kalau pokok terpaksa menempuhi kesukaran demi menghasilkan minyak geharu yang terbaik, sepatutnya kita pun begitu… Apalah sangat menaiki bas selama 1 jam untuk ke Pekan. Takde apa pon kalau nak dibandingkan dengan kesusahan orang zaman dahulu untuk menuntut ilmu sebagaimana Presiden Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincon, beliau terpaksa berjalan kaki untuk meminjam buku dan perpustakaan itu terletak 60km dari rumah beliau… Lebih kurang gambang ke Pekan jugalah…heheheheh

Selain itu, kesukaran ini sepatutnya memberikan hasil terbaik. Anda kenal dengan Madu lebah??? Madu lebah yang dikatakan antar terbaik di Malaysia adalah Madu lebah Tualang dan betapa payahnya pengutip madu untuk mendapatkan madu ini…

Jadi fikir fikirkanlah apa yang aku katakan ini. Walaupun penat, ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mendapat 4- Flat pada awal sem depan…[semasa korang semak keputusan la…]

Hari Nuzul AlQuran

Salam 1Sahabat kepada semua pembaca di luar sana. Shatkan? kalau ada simpton sakit tu, bersegeralah anda pergi ke klinik kerajaan mahupun klinik swasta untuk mendapatkan ubat. Dan berjumpa nurse2 yang cun cun itu….hehehehehe

Hari ini nak cerita pasal satu hari kebesaran umat Islam yang dipanggil Nuzul Quran atau hari turunnya AlQuran kepada jujungan besar nabi kita, Nabi Muhammad (selawat ke atas baginda). Bila peristiwa ini berlaku akan diceritakan kemudian.

Peristiwa bersejarah ini berlaku ketika Nabi mengasingkan diri ke gua Hira’. Ketika nabi sedang beribadat, lalu datanglah Malaikat Jibrail kepada nabi. Kemudian disampaikan lah 5 ayat yang bermaksud:

‘Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.’ (al-‘alaq:1-5)

Mulai detik itu, maka satu kitab yang agung diturunkan kepada Nabi yang terakhir. Selama 13 tahun AlQuran diturun secara berperingkat peringkat. Jelas di sini AlQuran bukan sahaja menyentuh aspek agama, tetapi pelbagai aspek seperti sains, teknologi, jenayah, pembahagian harta, muammalat dan pelbagai lagi. Dengan kata lain AlQuran memang lengkap mengandungi pelbagai hukum hakam dan penceritaan. Firman Allah yang bermaksud;

‘Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).’ (Al-An’am:38)

Mengapa ayat Al-Alaq mula mula diturunkan?

Dari segi maksud bahasa, iqra bererti baca. Maka, Islam menyeru agar umatnya mengambil budaya membaca agar mendapat segala ilmu pengetahuan. Allah mengajar kita supaya sentiasa membaca dan menulis agar kita dapat melihat pelbagai perkara. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”  Dengan iringan ayat ini, menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”

Sesungguh keruntuhan Umat Islam hari ini adalah kerana kurangnya budaya cintakan ilmu. Kita lihat bagaimana semasa zaman kegemilangan Islam, para cendiakwan Islam bersungguh membaca teks kuno romawi dan greek semata mata ingin mengambil pelbagai maklumat, seterusnya menulis kembali didalam bahasa arab. Disini dapat dilihat menepati lima ayat awal surah Al-Alaq. Baca dan Menulis…

sekian sahaja nukilan saya.  Jadikan budaya membaca itu sebagai amalan. Renung renungkan dan selamat beramal.