• Mei 2024
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Blog Stats

    • 1,618 kemasukan
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Al-Quran.

    "Bacalah dengan nama tuhanmu(Allah)"
  • Kiriman Terbaru

Hari kedua KAKS…

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Harap sihatlah hendaknya disamping ahli keluarga yang tersayang. Kalau sakit, ape lagi sediakan duit dan pergi ke hospital… Kesihatan bukan boleh diabaikan…

Hari ini masuk hari ke-2 kursus saya. Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai slot slot yang dihadiri. slot pertama hari semalam, ialah ciri ciri dan motivasi keusahawanan. Slot ini disampaikan oleh Puan Paridah. Di dalam ceramah ini, beliau menekankan bahawa betapa pentingnya untuk para usahawan mempunyai sikap sikap yang terbaik bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. Sikap seperti kecekalan, ketabahan, berani mengambil risiko dan sebagainya diperlukan setiap oleh orang usahawan.

setrusnya pada pukul 11.30 pagi, perasmian KAKS dilaksanakan. Kursus ini dirasmikan oleh dekan JHEPA UMP iaitu Prof Dr Ridzuan bin Nordin. Banyak yang diperkatakan oleh beliau untuk menaikkan semangat peserta dalam program ini.

Seterusnya, pada petang tadi, kami telah dibawa keluar berjalan untuk melakukan lawatan luar. Tempat yang ditujui ialah Bandar Melaka bagi kumpulan 1 dan , Pekan Masjid Tanah Bagi kumpulan 5 dan 6 dan bagi kumpulan kami dan kumpulan 3 adalah di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Tujuan diadakan program ini dibuat adalah untuk peserta mencari segal macam maklumat tentang syarikat tersebut dari sejarah penubuhan sehingga perkembangan terkini syarikat tersebut.

Seterusnya pada slot malamnya pula, ceramah bertajuk Kreativiti dan Inovasi didalam Perniagaan. Slot ini disampaikan oleh En Saharudin. Didalam slot ini en Saharudin menekan bahawa pelajar agar sentiasa mencari peluang perniagaan. Hal ini penting untuk seorang usahawan untuk berjaya.

Oklah, sampai disini saja. Sedikit gambar…

semasa perasmian
a 012
\a 017

program di luar…
a 074
a 062
a 024

tak tau kete apa ntah ni… banyak benor tampal ngan gambar perang dan sebagainya….
a 068

Ceramah pertama kaks

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca diluar sana… Harap sihatlah hendaknya yer..

Selesai la sudah ceramah permulaan pada hari pertama. Ceramah yang disampaikan oleh Puan Paridah iaitu kaunselor UMP bertajuk analisis diri.

Sebelum menjadi usahawan atau apa sahaja didunia ini, penting bagi kita untuk mengenal pasti perihal diri kita ini. Disini muculnya perkataan SWOT iaitu kekuatan(strength), kelemahan(weakness), peluang(opportunity), dan ancaman(threat). Dari analisis nini kita dapat rumuskan segala kekuatan kita, kelemahan kita , peluang dan ancaman kepada kita. Barulah kita akan dapat tahu semangat kita berdasarkan kekuatan dan mencari cara untuk mengatasi kelemahan kita. Kemudian merebut segala peluang yang ada dan cuba untuk menyelesaikan segala ancaman yang mendatang.

Baiklah, kita sambung esok dengan kemas kini ceramah selanjutnya…

sekian terima kasih…

p/s: hari tasyriq da habis… maknanya raya haji dah habis….huhuhuh tunggu tahun baru la….

KAKS-kursus asas keusahawanan siswa.

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Harap sihatlah hendaknya disamping ahli keluarga yang tersayang. Kalau sakit, ape lagi sediakan duit dan pergi ke hospital… Kesihatan bukan boleh diabaikan…

hehehe macam macam nasihat nampaknya.

Alhamdulillah, kali ni dapat juga join KAKS. ape tu KAKS? KAKS bermaksud kursus asa keusahawanan siswa yang dianjurkan oleh INSKEN(Institut Keusahawanan Nasional) bertujuan untuk mendidik para siswa untuk memulakan bidang keusahawanan pada masa akan datang. Hal selanjutnya akan dikemaskini sepanjang program ini berlangsung.

Program kali ini dianjurkan di Klebang Beach Resort, Melaka… Menggagau juga mencari tempat ni, tapi syukur kepada Allah jumpa juga akhirnya. Saya beserta kawan2 saya iaitu en. izzul, en.keanu dan juga en. jemi berkereta manakala kawan saya en.sani menaiki bas UMP yang canik tu….

Apa yang saya dapat maklumat, sijil KAKS ini sangat bernilai. Sekiranya pada masa akan datang, siswa ingin memohon pinjaman, sijilini diperluka untuk memohon bantuan penuh dari kerajaan. Seperti yang saya cakap tadi, keseluruhan isi kandungan akan saya kemas kinikan mengenai program ini.

Disini saya sertakan sedikit gambar di sekitar program ini…

 

banner ump buat

pandangan bilik hotel