• Mei 2024
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Blog Stats

    • 1,618 kemasukan
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Al-Quran.

    "Bacalah dengan nama tuhanmu(Allah)"
  • Kiriman Terbaru

Hari Nuzul AlQuran

Salam 1Sahabat kepada semua pembaca di luar sana. Shatkan? kalau ada simpton sakit tu, bersegeralah anda pergi ke klinik kerajaan mahupun klinik swasta untuk mendapatkan ubat. Dan berjumpa nurse2 yang cun cun itu….hehehehehe

Hari ini nak cerita pasal satu hari kebesaran umat Islam yang dipanggil Nuzul Quran atau hari turunnya AlQuran kepada jujungan besar nabi kita, Nabi Muhammad (selawat ke atas baginda). Bila peristiwa ini berlaku akan diceritakan kemudian.

Peristiwa bersejarah ini berlaku ketika Nabi mengasingkan diri ke gua Hira’. Ketika nabi sedang beribadat, lalu datanglah Malaikat Jibrail kepada nabi. Kemudian disampaikan lah 5 ayat yang bermaksud:

‘Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.’ (al-‘alaq:1-5)

Mulai detik itu, maka satu kitab yang agung diturunkan kepada Nabi yang terakhir. Selama 13 tahun AlQuran diturun secara berperingkat peringkat. Jelas di sini AlQuran bukan sahaja menyentuh aspek agama, tetapi pelbagai aspek seperti sains, teknologi, jenayah, pembahagian harta, muammalat dan pelbagai lagi. Dengan kata lain AlQuran memang lengkap mengandungi pelbagai hukum hakam dan penceritaan. Firman Allah yang bermaksud;

‘Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).’ (Al-An’am:38)

Mengapa ayat Al-Alaq mula mula diturunkan?

Dari segi maksud bahasa, iqra bererti baca. Maka, Islam menyeru agar umatnya mengambil budaya membaca agar mendapat segala ilmu pengetahuan. Allah mengajar kita supaya sentiasa membaca dan menulis agar kita dapat melihat pelbagai perkara. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”  Dengan iringan ayat ini, menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”

Sesungguh keruntuhan Umat Islam hari ini adalah kerana kurangnya budaya cintakan ilmu. Kita lihat bagaimana semasa zaman kegemilangan Islam, para cendiakwan Islam bersungguh membaca teks kuno romawi dan greek semata mata ingin mengambil pelbagai maklumat, seterusnya menulis kembali didalam bahasa arab. Disini dapat dilihat menepati lima ayat awal surah Al-Alaq. Baca dan Menulis…

sekian sahaja nukilan saya.  Jadikan budaya membaca itu sebagai amalan. Renung renungkan dan selamat beramal.